Réseaux et Télécommunications IUT de Nice Côte d'Azur

  • Besarkan saiz font
  • Default saiz font
  • Kurangkan saiz font

Hubungan antarabangsa

Pengambilan pelajar Luar Negara

Setiap tahun, Jabatan Rangkaian dan Telekomunikasi  menerima masuk ramai pelajar antarabangsa. Selain daripada pelajar-pelajar yang diambil masuk ke R&T hasil daripada program pengambilan antarabangsa (Malaysia), terdapat lebih kurang 10% permohonan datangnya daripada luar negara. Kebiasaannya, permohonan-permohonan tersebut datangnya daripada Maghribi dan Afrika Selatan.

 

Praktikal di luar negara

Semenjak tahun 2008, kami telah bekerjasama dengan ADIUT / CEGEPs di Kanada berkaitan tentang peluang perpindahan pelajar untuk menjayakan dua jenis program ini.

Oleh itu, pada setiap tahun beberapa orang pelajar R&T akan membuat latihan praktikal pada penghujung tahun kedua mereka di Kanada di bawah pemantauan CEGEP de Levis-Lauzon, rakan kongsi Institut Teknologi Nice-Côte d’Azur. Di samping itu pula, pelajar-pelajar dari usahasama ini akan dihantar ke Nice dan Sophia-Antipolis untuk praktikal mereka.

Anda juga berpeluang menjalani praktikal di Malaysia, di Kuala Lumpur misalnya.

Selain dari program pertukaran pelajar, pensyarah yang diamanahkan untuk menjaga hubungan antarabangsa akan membantu pelajar-pelajar yang berhasrat menjalankan praktikal mereka di luar negara, terutama sekali di negara-negara yang menggunakan Bahasa Inggeris, tetapi dengan persetujuan penyelaras praktikal.

Berkenaan dengan biasiswa pertolongan perjalanan, sehingga kini, belum ada masalah untuk kami menyalurkan biasiswa tersebut untuk pelajar-pelajar di luar negara. Pada tahun 2009-2010, disebabkan terlalu banyak permintaan (di peringkat universiti), hanya sebahagian daripada permohonan biasiswa tersebut diterima. Kebiasaannya, pelajar-pelajar tidak mendapat biasiswa kerana hasil pendapatan keluarga yang tinggi.

 

Penyambungan pengajian di Luar Negara (DU…)

Semenjak beberapa tahun yang lepas, kami bekerjasama dengan dua Universiti di Scotland, Napier University dan Heriot-Watt University (kedua-duanya terletak di Edimbourg) untuk peringkat selepas DUT.

Kursus yang diikuti akan ditamatkan dengan diploma "Bachelor of Engineering in Embedded Computer Systems ", « Bachelor of Engineering in Computer Networks and Distributed systems », « Bachelor of Science in Network Computing (advanced level)” (pada tahap +3: "ordinary" dan +4: "with honours"). Kebanyakan pelajar yang mengikuti kursus ini tamat pengajian pada waktu yang sama dengan pelajar-pelajar di Université de Nice Sophia-Antipolis dimana mereka juga turut didaftarkan di bawah sistem D.U.E.T.I.