Réseaux et Télécommunications IUT de Nice Côte d'Azur

  • Besarkan saiz font
  • Default saiz font
  • Kurangkan saiz font

L'environnement

There are no translations available.

Le département Réseaux et Télécommunications est situé à 500 mètres du nouveau quartier Saint-Philippe, regroupant plus de 40000 m² de logements (dont une résidence étudiante), de restaurants, de pubs, et de commerces de toutes sortes (boulangerie, pharmacie, tabac, etc).
Vous y trouverez aussi un grand centre commercial. Ce quartier est accessible à pied depuis le département en quelques minutes.

le quartier saint-philippe

 

Datang ke sini

Kebiasaannya, para pelajar akan berkongsi kereta untuk ke kampus.

Selain itu, perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas juga turut disediakan.

 

Menaiki BAS dari Nice Cagnes, Villeneuve (Timur)

Perkhidmatan pengangkutan awam disediakan oleh  Conseil général des Alpes-Maritimes yang biasanya sangat menepati kehendak setiap pelanggan.

Menaiki BAS dari Antibes - Juan-les-Pins, Vallauris, Valbonne, Sophia Antipolis

Perkhidmatan pengangkutan awam disediakan oleh ENVIBUS yang mengendalikan semua jenis pengangkutan awam di sekitar Communauté d'Agglomération Sophia Antipolis.

 

Makan dimana?

Cara yang paling mudah adalah ke Restaurant Universitaire HELIOS yang disediakan oleh CROUS, dan hanya terletak lebih kurang 50 meter dari bangunan R&T. Harga untuk pelajar bagi satu hidangan lengkap adalah 3€ (harga 2010). Pelbagai jenis hidangan disediakan di sini (hidangan lengkap, pizza atau pasta). Selain itu, anda juga boleh ke Cafétéria di mana pelbagai jenis sajian sandwic dan kopi disediakan. Sambil menjamu selera, anda boleh juga menikmati pemandangan indah bukit-bukau di sekeliling kampus ini !

Berhampiran dengan kampus kami juga, anda boleh menemui banyak lagi kedai-kedai snek dan restoran-restoran. Anda cuma perlu berjalan kaki selama beberapa minit jika ingin mencuba hidangan di situ.

Vue depuis le RU

 

Tinggal dimana?

Bantuan perumahan : Bantuan kewangan untuk perumahan akan disediakan oleh Caisse d’Allocations Familiales. Bantuan ini bergantung kepada harga sewa rumah yang anda duduki. Untuk mendapatkan bantuan ini, anda hendaklah menyewa satu-satu rumah dengan menggunakan nama anda. Dokumen untuk memohon bantuan ini boleh didapati di pusat pentadbiran universiti. Bantuan ini akan disalurkan setiap bulan. Anda berhak mendapatkan bantuan ini bermula daripada bulan yang pertama selepas rumah itu diduduki. (contoh : anda mula menyewa pada 01/09, bantuan pertama yang akan diberikan adalah pada 01/10).

Résidence Les Dolines (résidence universitaire CROUS)

  • Hubungi : Tel : 04 92 96 90 37 - Faks 04 92 96 90 22 - Laman web : www.crous-nice.fr.
  • Terletak di Valbonne, 2225 route des Dolines - Tempat tinggal yang berhampiran dengan semua keperluan harian, sebanyak 222 studio berperabot (dapur, tandas, bilik mandi) disediakan. Gimnasium, bilik TV, kedai dobi automatik yang berbayar, tempat parkir kenderaan di bawah tanah. Penyewa-penyewa berhak mendapatkan bantuan kewangan untuk perumahan.

Résidence Newton (résidence universitaire CROUS)

  • Hubungi : Tel :04 93 34 87 90 - Laman web : http://www.crous-nice.fr.
  • Terletak di Valbonne, 2400 route des Dolines (06560)

Résidence Services Saint-Exupéry

Foyer des Jeunes Travailleurs

  • Hubungi : Tel : 04 92 95 40 10 - Faks : 04 92 95 40 79 / 23
  • Terletak di Garbejaire, beberapa bilik dengan luas 16m2 di petempatan ini direzab oleh pihak Universiti, berperabot dan dilengkapi dengan bilik membersihkan diri yang lengkap (bilik mandi, sinki, tandas) dan satu telefon setiap orang. Dapur untuk memasak turut disediakan, restoran-restoran, kedai dobi juga turut disediakan untuk anda. Anda boleh mengikuti akiviti-aktiviti yang dirancang oleh pihak petempatan ini. Penyewa-penyewa berhak mendapatkan bantuan kewangan untuk perumahan.
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan berjumpa wakil kami di Pusat Pentadbiran Universiti : Tel : 04 92 96 50 72.

Résidence Einstein Valley

  • Hubungi : Tel : 04 97 23 42 38 - Faks : 04 97 23 42 45 - Laman web : http://sunvalley.fr/
  • Terletak di Valbonne, Quartier des Lucioles, 140, Rue Albert Einstein. Hostel ini menyediakan 160 bilik berperabot (bilik mandi, dapur lengkap) - Servis Bantuan Pelajar(dibuka Isnin hingga Jumaat) - Kad akses peribadi - Parkir bawah tanah - Telefon Awam - Kolam renang untuk bersukan. Servis tambahan (tidak termasuk di dalam sewa bulanan) : kedai dobi automatik - servis membersihkan bilik. Penyewa-penyewa berhak mendapatkan bantuan kewangan untuk perumahan.

Résidence étudiants Pythagore

  • Hubungi : Tel : 04 92 00 70 28 - Faks : 04 92 00 70 27
  • Terletak di Avenue Pythagore, di Garbejaire, hostel ini menyediakan 61 bilik berperabot berukuran kira-kira 20m². Servis Bantuan Pelajar - Kad akses peribadi - Kawasan khas untuk parkir - kedai dobi - bilik untuk sarapan pagi - perkhidmatan 2 roda - Telefon Awam. Penyewa-penyewa berhak mendapatkan bantuan kewangan untuk perumahan.

Résidence Green Side

  • Hubungi : Tel : 04 93 65 05 01 - e-mel : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
  • Beralamat 45, Rue Henri Poincaré, di persimpangan St-Philippe, hostel ini menyediakan 130 bilik berperabot (bilik mandi, dapur lengkap) - Kad Akses peribadi - Kemudahan parkir bawah tanah - Telefon Awam - Kolam renang -Sauna - Gimnasium. Kemudahan lain : Kedai dobi - servis membersihkan bilik. Penyewa-penyewa berhak mendapatkan bantuan kewangan untuk perumahan.

Résidence Thesa

  • Hubungi : Tel : 04 93 00 03 93 - e-mel : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya - Laman web  www.etud-accueil.fr
  • Beralamat 210, Avenue Roumanille, di persimpangan St-Philippe, hostel ini menyediakan 180 bilik berperabot (bilik mandi, dapur lengkap) - Servis Bantuan Pelajarl - Tempat letak Kereta - Kafeteria - Bilik sukan - Kedai dobi automatik - Kemudahan lain : mesin basuh baru - servis mengemas bilik. Penyewa-penyewa berhak mendapatkan bantuan kewangan untuk perumahan.

Résidence Oxford

  • Hubungi : Tel : 04 93 00 03 93 - Faks : 04 93 65 29 21
  • Laman web : www.etud-accueil.fr
  • Beralamat 85, rue Henri Poincaré, di persimpangan St-Philippe, hostel ini menyediakan 158 bilik berperabot (bilik mandi, dapur lengkap) - Servis Bantuan Pelajar - Tempat letak Kereta - Kafeteria - Bilik sukan - Kedai dobi automatik - Kemudahan lain : mesin basuh baru - servis mengemas bilik. Penyewa-penyewa berhak mendapatkan bantuan kewangan untuk perumahan.