Réseaux et Télécommunications IUT de Nice Côte d'Azur

  • Besarkan saiz font
  • Default saiz font
  • Kurangkan saiz font

Kampus

Kampus ini mempunyai 5 tingkat.

Tingkat 5

Pada tingkat terakhir dalam bangunan ini terletak sebuah dewan kuliah yang dilengkapi dengan 2 projektor video dan sistem suara yang lengkap.

Pada tingkat yang sama juga, anda boleh menemui setiausaha, pejabat eksekutif dan juga bilik pensyarah.

L'amphithéatre

Tingkat 4

Tingkat keempat adalah dimana terletaknya bilik-bilik Amali (TP) Rangkaian, satu bilik Amali(TP) Telekomunikasi, bilik-bilik untuk teori dan bilik amali untuk Licence Professionnelle IRM, dan juga beberapa bilik Latihan(TD) yang dilengkapi dengan projektor video.

Salle TP

 

Tingkat 3

Bilik-bilik komputer terletak di tingkat ini. 4 bilik yang dilengkapi dengan komputer-komputer terkini akan digunakan sesetengah subjek. Kebiasaannya, mereka digunakan untuk subjek Informatik, Komunikasi, dan juga Bahasa Inggeris (dengan kelengkapan audio dan mikrofon).

Salle TP

Bilik-bilik ini juga digunakan untuk melayari Internet. Selain itu, komputer-komputer di sini dilengkapi dengan perisian-perisian untuk melengkapkan laporan-laporan tentang tugasan Projek Tutor dan Praktikal.

Tingkat 1 dan 2

Tiga makmal Amali yang lengkap terletak di kedua-dua tingkat ini. Dua daripadanya untuk Amali Elektronik dan 1 lagi untuk Amali Telekomunikasi.

Salle TP Electronique