Réseaux et Télécommunications IUT de Nice Côte d'Azur

  • Besarkan saiz font
  • Default saiz font
  • Kurangkan saiz font

Kursus-kursus di R&T Sophia Antipolis

Kami menawarkan pelbagai jenis kursus.

  • DUT R&T : Diploma Universiti Dalam Teknologi Rangkaian dan Telekomunikasi
    Diploma ini (2 tahun kursus, peringkat L2) menyediakan para pelajar kehidupan bekerja dan pada masa yang sama membolehkan pelajar-pelajar meneruskan pembelajaran mereka ke Sekolah-sekolah Kejuruteraan, ke peringkat L3 di Universiti, ataupun ke peringkat Licence Professionnelle. Untuk maklumat lanjut tentang Penerusan Pengajian, sila klik sini.
  • Licence Pro IRM : Licence Professionnelle Telekomunikasi dan Rangkaian pengkhususan Kejuruteraan Rangkaian Mobil.
    Kursus 1 tahun untuk pelajar-pelajar dengan kelayakan saintifik BAC + 2 dengan matlamat untuk mempercepatkan pengajian LMD Peringkat Pertama. Kursus ini dikhaskan untuk memberi pengalaman bekerja di sesebuah syarikat selepas 3 tahun pengajian.
  • Licence Pro ISVD (Baru !) : Licence Professionnelle Telekomunikasi dan Rangkaian pengkhususan Integrasi Sistem Suara/Data.
    Seperti IRM, kursus ini juga berguna bagi memberi peluang bekerja selepas 3 tahun pengajian. Kursus ini boleh diikuti dalam bentuk kursus asas atau kursus pembelajaran sambil bekerja.